Refleksi Tugasan

Tuesday, June 8, 2010
REFLEKSI TEKNOLOGI SISTEM PENDIDIKAN
NAMA : MUHAMAD YUSRI BIN ISMAIL (2007141240027)
NO KP : 800415-01-6393
UNIT : KDPM (PLPS – KDC – JAJ)BM 1
NAMA MATAPELAJARAN : TSP
NAMA PENSYARAH : DR. HAJI KAMARUDDIN BIN HJ. ABU HASSAN

Semasa saya mula mendapat tugasan ini saya berasa agak mustahil untuk saya melakukan kerana saya tidak memiliki talian Internet di rumah dan juga kemahiran yang amat terhad tentang inti pati tugasan ini. Sebagai cara untuk saya mengatasi masalah ini saya telah menggunakan kesempatan yang ada di makmal bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh saya dapati semasa di kelas Dr. Haji Kamaruddin manakala selebihnya saya mengambil inisiatif ke kafe siber yang tidak jauh dari rumah saya.
Untuk tujuan P&P blog ini tidak banyak saya gunakan kerana saya tidak banyak mengajar dengan menggunakan komputer.

Antara kekangan yang saya hadapi ialah mentransformasikan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kebanyakan sumber yang saya dapat adalah di dalam bahasa Inggeris. Oleh itu ia agak susah bagi saya untuk mengolah dan mentransformasikan kembali ayat tersebut. Selain itu saya juga tidak tahu cara untuk memasukkan video ke dalam blog. Oleh itu, saya dengan sedaya upaya bersungguh ingin memasukkan video bertanya akan hal tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

saya harap blog ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua golongan. Walaupun ada sedikit kekurangan tetapi ini tidak akan menjejaskan penerimaan maklumat yang saya nukilkan. Saya harap Dr.Kamaruddin dapat memberikan gred atau markah yang bersesuaian dengan hasil usaha saya dalam menyiapkan tugasan blog ini.

Wudhuk..sedikit info

Wednesday, June 2, 2010
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Penjelasan 1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan 2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.

Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.



4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini."

Penjelasan 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.

Penjelasan 5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”

Penjelasan 6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Penjelasan 7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

Penjelasan 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna.

sumber : http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=141&mnu=141

Rafflesia..oh Rafflesia

Rawatan guna bunga Rafflesia sebabkan kerosakan hati

KUALA LUMPUR: Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon mendapati organ dalaman tikus putih yang sudah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia, selama 14 hari sudah menjadi kecil.

Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga berkenaan biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.

Sumber : http://masyarakat.dunyahalal.com/index.php?id=371&mnu=371

kawan - kawan sekalian !!!

Monday, December 21, 2009
Assalamualaikum, vid. ini aku siapkan khas (atas idea dari Rafeek) untuk rakan-rakan kelas PM1-KDPM KDC PLPS JAJ MEI 2007..TERUTAMA YANG LELAKI TUH..korang memang ROCK !!

Nak Tau Bilangan Pelawat Blog Korang Tak?

Wednesday, December 16, 2009



Assalamualaikum..mudah je ye..pergi ke web totallyfreecounter.com dan pilih je mane-mane design yang korang suka dan copy code yang di sertakan..selepas itu..pandai-pandai la nak idup ye..


P/s - sebenarnya banyak lagi web yang sediakan perkhidmatan macam ni. cari lah..

JAUHILAH 10 PERKARA INI

Tuesday, December 15, 2009
JAUHILAH 10 PERKARA yang merugikan diri anda di bawah ini

Sufyan at-Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 PERKARA yang merugikan diri anda di bawah ini

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.



2. Orang yang kerap membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.




3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyat masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah mereka.



5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama’ tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk
menambahkan ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling bertanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.



8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkannya dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:



" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.