Rawatan guna bunga Rafflesia sebabkan kerosakan hati
KUALA LUMPUR: Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon mendapati organ dalaman tikus putih yang sudah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia, selama 14 hari sudah menjadi kecil.
Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga berkenaan biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.
Sumber : http://masyarakat.dunyahalal.com/index.php?id=371&mnu=371
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment