Refleksi Tugasan

Tuesday, June 8, 2010
REFLEKSI TEKNOLOGI SISTEM PENDIDIKAN
NAMA : MUHAMAD YUSRI BIN ISMAIL (2007141240027)
NO KP : 800415-01-6393
UNIT : KDPM (PLPS – KDC – JAJ)BM 1
NAMA MATAPELAJARAN : TSP
NAMA PENSYARAH : DR. HAJI KAMARUDDIN BIN HJ. ABU HASSAN

Semasa saya mula mendapat tugasan ini saya berasa agak mustahil untuk saya melakukan kerana saya tidak memiliki talian Internet di rumah dan juga kemahiran yang amat terhad tentang inti pati tugasan ini. Sebagai cara untuk saya mengatasi masalah ini saya telah menggunakan kesempatan yang ada di makmal bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh saya dapati semasa di kelas Dr. Haji Kamaruddin manakala selebihnya saya mengambil inisiatif ke kafe siber yang tidak jauh dari rumah saya.
Untuk tujuan P&P blog ini tidak banyak saya gunakan kerana saya tidak banyak mengajar dengan menggunakan komputer.

Antara kekangan yang saya hadapi ialah mentransformasikan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kebanyakan sumber yang saya dapat adalah di dalam bahasa Inggeris. Oleh itu ia agak susah bagi saya untuk mengolah dan mentransformasikan kembali ayat tersebut. Selain itu saya juga tidak tahu cara untuk memasukkan video ke dalam blog. Oleh itu, saya dengan sedaya upaya bersungguh ingin memasukkan video bertanya akan hal tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

saya harap blog ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua golongan. Walaupun ada sedikit kekurangan tetapi ini tidak akan menjejaskan penerimaan maklumat yang saya nukilkan. Saya harap Dr.Kamaruddin dapat memberikan gred atau markah yang bersesuaian dengan hasil usaha saya dalam menyiapkan tugasan blog ini.

0 komen:

Post a Comment